Ini Blog Gua ! Arghhhhhhhh........: Muammar Gaddafi

Saturday 22 October 2011

Muammar Gaddafi

Assalamualaikum.

Lame meng x meng update blog ni dah bersawang abeh..skrng x tahu nk wt entry ape jd meng
Nak Cite sikit pasal Muammar Gaddafi ni..


Siapa yang x kenal Bekas pemimpin Libya yang digeruni selama 40 tahun oleh Barat, Muammar Gaddafi ..
Khamis lalu..
Beliau diheret keluar dari sebuah saluran pembetung di sebatang lebuh raya enam lorong di Sirte, tempat kelahiran Gaddafi. Dia ditangkap oleh sekumpulan pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Dalam tempoh sejam selepas diseksa,beliau didapati sudah tidak bernyawa lagi.
Kisah kematiannya masih menjadi satu teka teki.

Muammar Gaddafi

Dilahirkan di dalam khemah puak Badwi berdekatan Sirte pada tahun 1942, Gaddafi seperti kanak-kanak lain mendapat pendidikan di sekolah Islam.

Beliau mempelajari asas-asas ketenteraan apabila memasuki Akademi Tentera Libya pada tahun 1961. Kekecewaan terhadap kepimpinan dunia Arab yang dimalukan oleh Israel menyebabkan Gaddafi mula menanam ideologi tersendiri.

Bersemangat bersama sekumpulan pegawai tentera muda, Gaddafi berjaya merampas kuasa daripada Raja Idris yang sedang mendapat rawatan di Turki dan membentuk Republik Arab Libya pada 1 September 1969.

Inspirasi beliau mengenai demokrasi, ekonomi dan sosial sebuah negara Islam mendapat pujian ramai apatah lagi ia diadaptasikan melalui buku bertajuk The Green Book yang dihasilkan Gaddafi pada tahun 1975.

Amerika Syarikat (AS) sebagai musuh ketatnya selain membentuk Republik Arab Libya

Gaddafi juga pernah menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen Penyatuan Afrika.

JENAZAH bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (depan) dan anak lelakinya, Mutassim dipamerkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di bandar Misrata, Libya semalam
Pemerintah tentera NTC di bandar ini juga tidak membenarkan pembedahan autopsi dilakukan keatas jenazah Gaddafi untuk mengetahui punca kematiannya.


ORANG RAMAI berbaris untuk menatap jenazah Muammar Gaddafi di sebuah pusat membeli belah di Misrata kelmarin.

Al-Fatihah..

Sumber
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Tekan Sampai Mati!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen